Wednesday 9 January 2013

H I D U P

Assalamualaikum

Harap keadaan awak sihat sejahtera . * macam ayat surat tak rasmi pulak . Harini post sempena tahun baru *seminggu dah lepas . Tahun ni macam -macam yang aku hadapi dan harungi macam kena pergi sekolah baru , kawan baru dan cikgu baru .

SEKOLAH , boleh tahan lar , budak-budak sekolah tu pun ok lar jugak tak sombong tapi semua dah matured . Kalau kat sekolah lama , boleh gelak-gelak sampai nak terkeluar urat tengkuk kitorang tapi kat sini dengan haku-haku sekali jadi matang . Wah , cepat kau berubah adlina . Bukan apa , takkan aku tiba-tiba nak gelak padahal diorang bukannya buat lawak pastu aku pulak kena ngan diorang , tak ke gila buat kerja camtu .

Memang orang kat sini peramah , tadi baru kawan aku datang minta kerja sekolah . Wah , brutal tak diorang dan rajin tak aku buat kerja pastu bagi kat diorang . Haha , kawan mithali lar katakan .

CIKGU sekolah tu semuanya bersifat kesadishan *melingkupkan ayat . Tahu kenapa , sebab masa hari first -first sekolah tu , kerja sekolah dah setinggi gunung everest , nampak tak kekejaman mereka disitu . Tapi takapa , aku faham sebab tahun lepas result sekolah tu menurun tu la tahun ni diorang buat kitorang sibuk mengalahkan perdana menteri . Tapi yang paling menjengkelkan , cikgu cina diorang ,ajar BI  ,, stress gila-gila  , ada dia suruh kami buat karangan 300 perkataan padahal kitorang baru form3 ..  KEJAM kan . Rasa macam nak kurung dan sumbat cikgu tu dalam mangkuk tandas .



Dinner dengan cousin .. hilangkan stres katakan .


NOTA : Bersyukur dengan apa yang ada .