Tuesday 29 October 2013

M E N G E D I K

Assalamualaikum .

Baru lepas habis PMR . Ok , sangat memenatkan . Korang rasa la kan , apa aku akan buat lepas PMR nih . Takkan duduk kat rumah nak hadap tv dengan laptop , sebulan kot . Aku ada teringat and rindu sangat-sangat dekat budak-budak dekat Penang . Hanya tuhan saja yang mengerti perasaan ku ini .

Budak sini , banyak buat aku menangis . Aku letih la dengan perangai diaorang . Nasib pulak melanda bila kena pindah kelas sebab aku nih terlampau pandai , eee, puji diri tak ingat dunia . Baru je nak rapat dengan diaorang kena pulak pindah kelas . Takpa . Hanya sementara kelas tu .Aku ada terfikir jugak bila aku pindah sini terus otak aku fikir pasal nak belajar je . Sangat annoying pemikiran itu . Tapi benda tu yang melanda .

Wish for my PMR result ok . Aku ada mimpi haritu , dapat result 5a' . Result tu boleh la dengan keadaan time aku mimpi .

Lepas PMR haritu aku ada lepak dekat Pasar Siti Khadijah . ok . Dah lama tak pergi situ . Time aku cuci-cuci mata lihat permandangan sekeliling kat Pasar tu . Terdetik kat hati nak beli jersi bola Kelantan . Punyalah cari dekat sekeliling pasar sebab nak runding hargayang paling murah .Tapi kalau ada siapa-siapa nak datang kat pasar ni , korang kena kena pandai cakap dialek kelantan and janganlah sombong sangat sampai bau tu 'ee' bau ni 'ee' sebab perwatakan korang tu menjengkelkan penjual kat pasar ni . ok , kalau korang pandai cakap dialek kelantan confem korang dapat runding harga paling murah and kalau korang menjengkelkan penjual kat sini korang akan 'dikatok ' , dikatok ni macam kalau baju yang korang nak beli tu 10 ringgit dia akan jadi 12 ringgit sebab dia tengok kegedikan korang dan cara korang cakap ada tak dialek kelantan . Be careful .

Time aku nak pilih jersi bola tu . Tup-tup ada seorang pompuan yang tergedik-tergedik nak beli baju kelawar . Aku tak tahu la dia orang mana tapi geli lah tengok cara dia cakap , nak beli baju kelawar je pun tapi pilih baju macam nak pilih ikan kat pasar basah . Dia ingat baju tu busuk kot sebab pegang baju tu dengan hujung jari ja . Aku akan malu jika jadi kawan dia . Aku tunggu je sebab nak tengok apa pompuan nak buat lepas beli baju tu . Lepas dia beli baju tu , dia ikut ada sorang laki nih tak tahu la pakwe dia ka hapa tapi tengok macam pakwe dia la sebab pegang-pegang tangan . Pakwe dia pakai spek hitam , maybe malu kot sebab makwe tergedik-tergedik macam sotong . Kalau la adik ke kakak aku macam tu mahu je aku sepak-sepak sampai masuk bendang .

Aku rasa memang akan malu jika ada makwe macam tu . Aku terus balik rumah lepas pergi pasar tu sebab takut jam trafik . Trafik akan jam lepas pukul 5 sebab ramai yang balik kerja . Tapi terkena jugak tersepit dalam jam sebab tunggu sepupu pergi beli benda apa ntah . Masa dalam kereta dan tunggu macam kereta tu siput yang jadi tayar , pandang la sebelah kiri  . Nampak ada sorang budak lelaki yang sama baya sebab tengok tangan dia macam budak-budak lagi , dia yang bawak kereta ,  sebelah dengan belakang dia ada pompuan  . Aku tengok nombor plat kereta dia , nombor plat wilayah and nih mesti budak kl . Bawah umur kot bawak kereta sampai kelantan pulak tu . Macam-macam kan budak sekarang .

NOTA : Jangan la korang ingat korang tu macam diva pergi beli baju pon pegang macam beli ikan   
 kat pasar . Aku pantang jugak tengok pompuan mengedik-gedik walaupun aku sendiri perempuan