Sunday 23 December 2012

P E N T I N G !

Assalamualaikum
Jawab salam dengan ikhlas tapi tak la suruh sampai nak bertaranum pulak . Ok , cuba try (ayat campur) tengok kalender , dah 23 kan ? lagi 9 atau 10 hari lagi nak sekolah , tahun 2013 aku dah pindah sekolah lain and 27 ni kena pi sekolah sebab apa ntah . SMKPTJ 28 yang kena pi sekolah , rindu hampa lah weh .

Aku pun tak tahu kenapa tajuk entry harini penting  tapi yang haku nak cerita ni bukannya penting sangat pon and bukannya tentang masalah dunia sampai korang kena spent jugak time korang untuk baca post aku nih . *melingkupkan ayat*

Kelantan , tengok berita tak tadik , hujan kan ? ya , kelantan sekarang mengalami musim tengkujuh , aku pun tak tahu apa yang tengkujuhnya . Tadik abah aku ajak pergi ronda tengok kawasan banjir , Wah , excited gila-gila lar .. teruk jugak aku tengok ssesetengah rumah tu , diorang takleh nak keluar rumah sebab air penuh depan rumah .

Kemarin ngan harini hujan  tak henti-henti bak kata orang kelate '' Huje berek-berek " . Lawak ayat tu .. HAHA  gelak lar puas-puas sampai pecah usus perut korang . Tadik lupa lar pulak nak snap gambar banjir tapi tak pa lain kali kot .

   
Faham lar yer !


NOTA : Baju sekolah yang baru beli pon tak basuh lagi , hujan punya pasal ! .

Tuesday 4 December 2012

M A K C I K O P E R A T O R

Assalamualaikum.
Lama kan tak update blog ? Wah , kau ingat aku ni kerja kilang surat khabar ke sampai setiap hari nak kena update blog ,
Ok , memandangkan ni bulan cuti sekolah so banyak lah cuti yang dihabiskan dengan benda yang merepek . Oh , kau ingat aku nak hadap buku-buku sebab tahun depan nak PMR , memang tak la .
Cuti ni memang memenatkan tau kenapa , sebab tak tau nak buat menatang hapa kat rumah ni , asyik -asyik dok hadap fb , twitter , blog ,fb, twitter , blog . Rasa macam boleh muntah darah kalau lagi 4 minggu cuti ni akan berakhir .
Dah la nak kena pindah , confirm la kena packing-packing barang dalam rumah ni , aku punya meluat sekali bila kemas , tengok-tengok makin banyak . Makin aku kemas , makin banyak barang yang bersepah macam tokang pecah so aku cadangkan berhenti then hadap blog , twitter .

Minggu lepas macam separuh mati ja ,sebab bukak-bukak ja lappy ni dia tulis * internet not access * .
Kau jangan main-main nanti aku hempuk jugak , tapi takpa sabar .
Tunggu abah aku balik pukul 6.00 ptg . Tanya dia macam aku ni mak dia ja .

                 Abah , bayar doh ko internet nih , bakpo tokleh akses takdi lagi ni?
Bakponyo? , bayar doh minggu lepah
Yo ko , bakpo tokleh akses
Mana nok tau , takpo esok abah gi tanyo .
  

Esok nya , aku menjadi anak mithali tunggu abah haku balik kerja ?

Ho , guano abah operator tu oyak gapo ?
Tera bukok bulih akses dok?
Dok eh , operator tu oyak gapo ?
Dio oyak dia tok masuk duit hok bayar tu , dio ingat bayar hok telipon jah .

Hish , makcik operator nih orang bayar ,  buat tak endah je .
tak pa yang penting sekarang dah boleh guna internet .  Takde lar sampai nak cirit buih aku dok kemas je bilik haku tanpa hadap lappy nih .


Acano hebat tak bila dilanda kebosanan . Pipi tembam , muka merah


                                           


NOTA : Cuti ni , jangan bangun tido , bangun tido nanti terkejut pulak bila time nak sekolah , baju tak muat. 
   

Sunday 4 November 2012

K A R T U N

Assalamualaikum
Gila punya gila best sebab dah habis exam , rasa macam "wah , dunia ni ana yang punya "  sebab takyah dok pikir-pikir , ingat - ingat dan segala bagai yang terbabit dalam exam dan sekolah .

Ingat ya , minggu depan last sekolah dan tahun depan dah PMR  . Lambat lagi nak PMR  ( macam boleh score straight A' ) .


Korang , korang dan korang ni mesti pernah tengok kartun kan ??? takyah dok nipu kalau tak pernah tengok even orang tua yang umur 60 pon dok tengok lagi kartun .
Memandangkan aku ni dah dan baru berumur 14 tahun tapi tunggu 25/11 atau bahasa sainstepektepu nya Form 2  mesti la aku masih dan akan tengok kartun.
Aku punya kartun kesukaan banyak nak mampus dan kartun tak kesukaan sikit nak nazak dan dibawah ini tersenarai calon-calon pilihan hati adinda , kartun-kartun yang sudah menambat hati adinda .

#FIRST

Spongebob Squarepants.
Kartun ni paling best sebab lawak dan santai , lantak korang lar nak kata aku ni berjiwa kanak-kanak  ke hapa tapi yang penting kartun nie best dan kalau kat channel lain ada cerita yang best tahap gaban pon tetap kartun ni aku tengok dulu .noktah. Tapi paling aku meluat sampai nak potong je kaki lapan dia tu 'Squidword' apa tah nak eja nama dia pon  susah , dia tu menyusahkan orang je dah la idung kembang mengalahkan siput barbie (siput tu ada hidung ka )
Yang penting Spongebob comel .






#SECOND

Chalkzone
Wah , cerita ni menarik tertarik kau memang deboom sebab cerita nie buat aku rasa macam nak pergi je kat dunia kapur  dan nak lukis benda yang kita nakk benda tu wujud  dan kita dapat tengok kat dunia kapur . Walaupun cerita tu mempunyai halusinasi yang tinggi tapi cerita nie tetap best .
Kartun ni buat rasa tenang je bila tengok .













#THIRD

Danny Phantom
Kartun  ni best sebab ada danny , dia hensem bagi aku lar walaupun selalu kena buli  (ngan kartun pon jadi ) . Jalan cerita dia pon best .



















Ada banyak lagi kartun yang best-best tapi yang kat atas ni tiga  yang teratas dan aku rasa fikir best . Sesetengah orang fikir tabiat ni tak elok jugak sebab dapat mempengaruhi pemikiran kita , sebab otak ni senang lekat  benda-benda yang berfaedah.


NOTE : Banyak kartun yang tak elok untuk tengok jugak .

Wednesday 17 October 2012

A I R M A T A B U A N G T O K S I N

Assalamualaikum ,
minggu ni la mood yang paling gembira sebab minggu ni dah dua kali aku post.
Ok , korang semua pernah menangis kan ?, mesti pernah kan , even orang bisu pun boleh menangis tambah orang yang sihat fizikal dan mental macam kita ni . Terbaca fakta ni dekat paper Kosmo , kalau korang dah baca fakta ni , takpa .Saja ja post benda nie bagi pengatahuan korang yang tak penah baca paper dan penting kepada orang yang bangun pagi terus bukak fb , twitter dan sebagainya sebagai surat khabar mereka .


#
Mesti korang pernah hadap perasaan sedih apabila seorang yang korang rapat tiba-tiba pergi dengan keadaan mengejut.
Perasaaan tu , mesti korang luah dengan menangis kan ? .Kajian saintifik mengesahkan bahawa jika korang mengeluarkan air mata , korang akan menjadi lebih sihat dan ceria .
Menangis bukan sebab korang ni sedih ja tapi air mata yang keluar juga refleks jika korang gembira , terharu , takut dan sebagainya .*yang berkenaan sehingga korang mengeluarkan air mata*

#
Korang tahu air mata ada tiga jenis yang mengiringi tangisan
1.Tangisan basal - air mata yang keluar untuk lindung bebola mata sentiasa lembap.
2.Tangisan refleks - apabila berlakunya iritasi mata.
3.Tangisan emosi - tindak balas terhadap kesedihan dan tekanan.





EKSTRA menangis

  • Sebanyak 88.8% orang akan rasa tenang lepas menangis manakala 8.4% berasa lebih teruk.
  •  Secara purata wanita menangis 47 kali manakala lelaki 7 kali dalam setahun .
  • Sebelum baligh , kanak-kanak lelaki dan perempuan menangis pada tahap yang sama , setelah matang hormon testosteron kurangkan perasaan lelaki untuk menangis manakala hormon estrogen dan prolaktin galakkan wanita menangis.
  • Lelaki singkirkan toksin melalui berpeluh berbanding wanita melalui menangis.
  • Dianggarkan kira-kira 77% tangisan berlaku di rumah dan 15% di tempat kerja dan di dalam kereta.
  • Bayi normal akan manangis satu hingga tiga kali sehari.
  • Jumlah toksin dikeluarkan oleh air mata berbeza mengikut situasi seperti bersedih dan dimasuki habuk.
Ni pon boleh buat korang menangis jugak






 NOTA : Jangan menangis sebab pakwe or makwe korang lari , fikir perangai korang sama :)

Sunday 14 October 2012

H O L I D A Y I N N

Hello dan Assalamualaikum,
Yaa , dah lama tak update blog ni sebab tak tau nak update benda haram apa kat dalam ni . Nanti kalau update yang merepek lagi merapu kena kata bajet pulak .
Disebabkan baru balik dari bercuti di Cameron so baru ada aura nak update blog ,sebenarnya pergi nie rombongan semata - mata , saja syok -syok .*cameron je bukan korea or england*
Dalam bas gila -gila sejuk tambah pulak hujan , rasa macam duduk dalam peti ais *pandailah korangbayang macam mana dalam peti ais tika hujan* 
First sekali kami  singgah dekat Bee farm , tapi sayang tak leh masuk sebab  hujan

Ok , lepastu kami semua pergi  singgah Pekan Brinchang , cuaca masih diramalkan hujan dan memang hujan pon , hujan tapi kami semua berjiwa kental dan gagah jugak jalan dalam keadaan yang hujan lagi sejuk .HAHAHAHAH *gelak ganas .

Kami semua ni , badan sihat dan kuat sebab semua eksyen jalan bawah hujan tak pakai payung .
Beli semua jenis sayur , buah dan paling best beli senyap - senyap strawberi madu dan chocolate.









Jalan kat pekan brinchang sampai pukul 4 sekali ngan solat zohor jamak asar.
Dalam pukul 4.30 , kitorang naik bas and terus lanjutkan perjalan ke ladang strawberi and ladang teh.
Malang sekali sebab ladang strawberi yang kami singgah tu  tutup , tapi tak begitu malang lar sangat sangat sebab aku ni bukan nak sangat kutip and makan buah strawberi tu
Pukul 6 pulak terus ke tea farm , kuang kuang kuang masih dalam keadaan yang lembap dan hujan masih menitis .
Gagahkan jiwa cekalkan hati untuk turun dan jalan kat ladang teh tu.
Bila dah sikit lagi nak sampai kat bawah tu , ohmak kau , gila basah , if korang jalan jugak gamaknya kasut and seluar korang jadi seperti jalan dalam sawah padi *bayangkanlah.






Ok , bye-bye semua and Assalamualaikum.




NOTA : Pakai macam duduk kat Australia , dah memang tempat tu sejuk macam kat Australia.

Monday 17 September 2012

17 S E P T E M B E R 2012

Assalamualaikum 
Pagi tadi bangun-bangun terus pegi mandi dan tak tengok dah apa yang jadi , lepas mandi ja , adik bagitau yang nak pegi berkelah dekat junjong Kulim , wah tersangat excited dan gembira , kami semua bawak bekal nasi goreng , nasi puteh , ayam masak merah , keropok , kuih dan air.
Kami semua bertolak dalam pukul 10 and tiba kat sana dalam pukul 11 , sampai je kat sana cari parking , ingat ka ramai orang rupanya tak lah seramai mana maybe sebab hari ni kedah kan dah mula sekolah ngan kerja so yang datang suma ni warga pulau pinang ja lar kot.
Dah siap parking kereta terus cari tempat kosong untuk letak makanan , dah nampak tempat kosong yang sesuai tetiba ja ada orang lain lebih cepat dari kami , terpaksalah cari tempat lain untuk santap makanan and jumpa tempat yang agak sesuai dan terus duduk and hampar tikar.
First-first , abah ngan adik pegi dulu , dalam 5 minit macam itu abah panggil suruh tangkap gambar , apa lagi bab kamera ni serah pada orang yang berkuasa lah , iaitu tuan empunya blog ini . And kalau dah dekat dengan air tu apa lagi terus masukkan kaki ler dalam tu , sejuknya mengalahkan ais kiub yang dah cair . 
dia ni nak mandi malu-malu , dan nak mandi pun tarik baju orang.

Lepas seketika bermandi walaupun tak basah , dengar satu bunyi , bunyi perut yang agak mengerunkan *kira lawak ler ni . Time makan , yahhh tambah nasi sampai tiga pinggan *wah mengalahkan orang yang kelaparan  . Sambil duk makan tu ada orang kat depan kami , anak-anak diorang comel-comel je.
Mula- mula tu ingatkan diorang semua tu pelancong asing sebab asyik dok cakap omputeh je dengan anak dengan wife dia . Punyalar dok usyar diorang sampai adik makan nasi sampai tumpah . Tapi husband dia gila kasar main dengan anak dia sampai hampir nak lemas . Wife dia selamba kucing je tengok laki dia main kasar ngan anak dia.
eh ,, seluar terskema sikt  . tak mandi pun  , cerita macam basah satu badan

Usyar sekali lagi , laki dia cakap dengan jiran dia lar kot sebab dengar dia bagitau wife dia gini " we're neigbourd '' . Tapi yang pelik lagi musykil dia cakap dengan jiran dia tuh pekat gila-gila bahasa kedah ,fuhh mengalahkan orang spesis kedah bercakap.
maaf ya gambar terkelabu sikit . kamera nie tuan dia tangkap baru gambar nampak elok.

Agaknya lar , dia memang ajar anak dia tu cakap omputeh kot sebab anak dia asyik cakap bahsa inggeris ja mengalahkan 'aku' cakapnya dan sampai 'aku' sendiri tak faham apa yang dia cakap , kira terer ler tu bagi 'aku'.
Lepas -lepas usyar tu , dah sampai macam nak termuntah tengok muka diorang pegilah mandi semula . Dalam 15 minit dalam air tiba-tiba bunyi guruh punyalah kuat . Apalagi abah ngan ummi panggil naik lar takut hujan , kalau hujan start turun , bahaya sebab air terjun jadi deras sebab hujan.
Lepas-lepas salin baju semua , packing-packing  barang terus naik kereta dan nampak ada orang yang baru datang , kesian diorang , hujan baru la nak sampai.



 ADLINA YANG KESEJUKAN











NOTA : martabatkan bahasa malaysia . 

Friday 14 September 2012

S U S A H K A L A U M A C A M N I -

Hari  ni 15 september , esok 16 september dan hari isnin cuti sempena hari Malaysia kan . So (lupa la pulak) abaikan < paling susah pasal blog ni ialah kalau time nak update tuh mesti lupa apa yang nak update sebelum tu ... apasal susah sangat nak ingat balik apa yang nak update tadik. Nak buat karangan blog nih lari sikit tajuk yang diatas sebab  tak tau nak buh tajuk  apa tentang nih . Kemarin kat sekolah ada buat masak-masak , best gila-gila kot sebab sebelum ni hanya cakap gitu-gitu jer dengan budak laki tapi kemarin gila peramah jadiknya . mula-mula tak tau apa resepi yang nak kami semua masak sebab cikgu tak bagi tau apa pon nak masak apa jadi kami buat je apa yang cikgu suruh and then baru kami tau cikgu nak buat apa sebab  nampak ada sup dengan bihun , sah la nak buat bihun sup . Pastu blender cili dan cili tu terlebih air  kena pegi goreng pulak sebab banyak air kot dan kitorang tak tau apa motifnya pegi goreng balik cili blender tu , setahu lar time blender tu terus masukkan garam dengan gula dan terus hidangkan . Ok lepas tu cikgu suruh farhana cedok ayam dalam sup  dan suruh budak-budak lain carit-carit ayam tu . Punyalar excited carit bulu ayam ayam tiba-tiba mycrush datang kat belakang mintak ayam , hurmm bagi lar kat dia guna garfu then dia kata terima kasih .. romantik gila cara dia amik ayam dari garfu tu............... Ok... pastu tengok farhana bancuh air oren , nampak macam sedap *memang sedap pun . Tiba-tiba  depa semua dok hingaq , nak tau jugak apa yang jadi , rupanya senduk air tenggelam dengan lolaqnya luqman nak celup air tu tapi nasib baik farhana marah .. kalau tidak minum air bekas tangan dia lar . Berbalik pasal ayam , lepas-lepas semua ayam siap tinggallah tulang-tulang ayam yang sudah dijilat budak laki , cikgu pulak suruh masuk balik tulang ayam tudalam sup .. eeeeeeeeeeeeee sup tu bekas jilatan budak laki .Nasib baik kami semua makan sup periuk yang lain , periuk bekas jilatan tu budak-budak gamelan yang makan.... lepas semua selesai makan sampailah ketika untuk mencuci mangkuk gelas yang sudah digunakan kami semua , farhana dan syimah yang basuh semua tu <----diorang rajin . Tibalah time maths untuk kami semua memerah otak , menguji minda untuk selesaikan solution soalan tup-tup Cikgu Hidaya kata tak payah belajar , tu satu yang kedua pulak duduk dalam makmal komputer .Yes, then satu pengumuman pulak , dalam makmal sampai balik . Ya Allah sehari kami tak belajar.........................................


NOTE : lepas makan terus pegi makmal komputer ... fikirkan ..............perasan tak banyak pastu.




Thursday 6 September 2012

L A M A N S O S I A L ....

 Hai - hai dan Assalamualaikum... semua yang baca post ni semuanya ada akaun fb kan ?? ya , FACEBOOK kalau yang takde  tu memang  rasa diri tu tak tahu perkembangan dunia dan alam semesta.Sapa yang tak ada fb ni juga akan malu bila orang sekampung tanya ''weii , hang ada dak fb , mai nama , aku nak add '' macam tu lar bila orang yang berloghat penang tanya dan orang yang berloghat Kelantanese pulak ''wee ,, ado fesbuk dok , kalu ado mari lah namo aku nok add  mung meta '' .. (yaa disini anda telah belajar dua bahasa yang berlainan ) Oke hari sebenarnya nak cerita pasal laman sosial...(sori ayat dibawah sastera sikit)

1)PERLUMBAAN DI LAMAN SOSIAL
     Seperti menjadi satu kebanggaan pula memaparkan gambar yang mencolok mata dan satu perlumbaan di alam maya menonjolkan siapa lebih seksi ini menyebabkan kebengapan dalam diri anda lebih menonjol. Apa yang menyedihkan , kebanyakannya mereka adalah gadis melayu islam yang seperti lupa harga diri dan nilai ketimuran serta agamanya.
    Tidakkah mereka ini terfikir kesan dan akibatnya apabila gambar di laman sosial menjadi bahan menaikkan nafsu lelaki dan ia berterusan meskipun pemilik akaun itu sudah meninggal dunia.Terfikirkah mereka bagaimana yang mampu dilakukan orang terdekat untuk membersihkan dosa yang berterusan meski jasad sudah dikebumikan.
     Terbaru dihebahkan di laman Facebook, permintaan seorang ibu yang mencari penggodam internet untuk menutup akaun anaknya selepas setiap hari wanita itu didatangi mimpi yang anaknya tidak tenteram di alam perkuburan.
      Anaknya yang baru sahaja meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan meninggalkan satu akaun facebook yang memaparkan aurat terbuka dan aksi manja.Sehingga hari ini , selepas beberapa minggu kematiannya, gambar itu terus menjadi tontonansemua pengguna laman facebook di dunia.
    Itu baru kebimbangan seorang ibu lantaran tindakan anaknya yang memaparkan gambar yang tidaklah terlalu seksi. Apa pula yan dirasai keluarga si mati jika gambar yang dipaparkan terlalu mengghairahkan dan mereka pula tidak tahu bagaimana untuk nyahaktif akaun tersebut??
     Lebih malang lagi jika mereka yang tidak tahu mengenai kematiannya berterusan berkongsi pautan gambar itu dengan pengguna lain.



                                                       tunggu sambungan minggu depan...

Wednesday 29 August 2012

SELAMAT HARI RAYA :)

Assalamualaikum w.b.h.....SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN walupun lambat ucap tapi masih lagi dalam bulan Syawal kan ...ha ... raya ni best lar jugak tapi yang sedihnya masa hari rabu tu pak ngah meninggal ...inalillah..... Ok sebenarnya takdak benda nak cerita pasal raya ni disebabkan raya tahun nih banyaknya gi makan kenduri ja pon tapi masa hari jumaat ada buat makan sikit kat umah besalar makanan-makanan  Kelantan yang seberapa popular tu ..dan berkesempatan bergambar dengan sepupu yang tak seberapa nak hot, kat sekolah tak tau lar dia hot ke dak tapi nampak dia OK ja, kiranya hensem lar jugak ,yang malangnya dia tak reti bawak moto dan dia terlalu baek..buat dia marah p0n dia tak marah (macam cikgu hidaya cakap lar pul0ks)..... OK OK nih gambar yang diupload
di pagi raya bergambar dengan family
#raya pertama

this my sepupu

Saturday 4 August 2012

Puasa vs Raya :)

assalamuaalaikum... best kan p0sa nih hah cer teng0k kalender ari nih dah 16 hari kita p0sa kan.. cer kira berape hari lak n0p raya huh best gila -gila k0t bila dengaq perkataan r-a-y-a kan-kan..Puasa vs Raya buad macam nakberlawan huk alah buad ter0k-ter0k boley .. best kan p0sa dan nak dekat raya nih lagi exsited perggh *tengok excited gini eja* Ok tadik d0k pulun tukar lagu raya kat enset tup-tup teringat pul0ks nak update sal raya ngan p0sa kat blog sebab udah lama gua idok bukok ini blogs gua.. muahaha.... Selamat berpuasa teman-teman semoga ibadah diterima yang esa . Insyallah.. :)

Saturday 14 July 2012

bertukar ke yang baru ... :)

Pelik kan tengok tajuk kat atas tu... pelik pon pelik lar asalkan dapat tulis apa yang nak tulis...n0p cerita sal twitter. yes twitter . Buat twitter sebab ada kawan suruh dan teringin sangat nak buat twitter tapi tak reti so my best friend 'farhana' tolong buat twitter nih . masa first-first tuh memang ler boring  tapi lama- lama tuh rasa dia syok lagi daripada fb hax fb tuh jare-jare jer online sebab tak ada yang menarik perhatian si gadis ini .hahax*jiwang boley .twitter tak banyak mana p0n folower tapi yang penting best dengan tak boring sebab boleh update apa-apa p0n pasal kehidupan dan perli-perli orang..hahaha my twitter link @_adlinaazmi_....Nak cerita, ada kenal sorang kakak nih kat twitter, mula-mula ingatkan sebaya tapi dia tua setahun'form3. So panggil kakak lar nak cerita dalam nih tapi dalam  twitter tak pon..mula -mula teg0r dia time dia update pasal jerawat then reply n tanya fb dia n fav tu fav nih so jadilah lah kawan.. senang kan nak jadi kawan.. rasanya dia baik kot...kesimpulannya me and dia tak segan silu untuk bertanya OK...nih lah dia gadis yang bernama SHYIKIN.. AWESOME kan dia..... :)
                                                                           comel kan dia... ^_^

Thursday 5 July 2012

Hantu... takut ker ??? :)



Hah.. assalamualaikum.. lama tak update blog sebab tak ada masa dengan tak tau nak update apa.Ok, berbalek pada tajuk kita, tengok tajuk buad macam diri nie tak takut ,tak pa.. pasti semua pernah tengok cerita hantu kan.. mesti ada yang ambik selimut tutup mata.. menjerit bila hantu tiba-tiba keluar kat tv kan.. haha  LEK ARR...  Dulu time kecik-kecik  tengok cerita hantu mesti malam tak leh tid0,, pastu kalau nak terkencing lak mesti kena ada orang teman kan.. takut-takut ada benda laen yang temankan ...eee.. Tapi skarang (diri sendiri)tak jadi dah macam time kecik-kecik dulu sebab dah berfikiran positif ,, tapi kadang-kadang tu adalah.haha (sama je lar) ... sekarang dah banyak filem-filem yang bergenre serram gitu.. NAK CERITA
..ada seorang budak dia beli satu cd hantu pastu time nak tengok tu orang laen punya excited n0p tengok tapi yang budak yang beli cd tu tak m0 tengok .. haha.. takut ler tu........ tapi time orang laen dok sy0k menonton tiba-tiba budak laki yang d0k sorang-sorang dalam bilik nie ada bunyi sesuatu,, gini bunyinya... hehehehehe...(bunyi ala-ala pontianak) pastu dia terus lari ke ruang tamu dimana semua orang tengah menonton ....dia punya terkejut sebab..................................................................
yang orang laen d0k tengah tonton tu hanya sekadar ceerita lawak... haha....MELAWAK JER CITE NIE




OKEE...TRIMAS,,, :)

Wednesday 20 June 2012

best la jugak .. :)

nak kongsi sebuah lagu best lar jugak... tapi lagu nie dah berkurun lama  tapi kalu dengar mesti semua terhibur... update dia punya lirik


Kau begitu sempurna
Dimataku kau begitu indah
Kau membuat diriku akan slalu memujamu

Disetiap langkahku
Kukan slalu memikirkan dirimu
Tak bisa kubayangkan hidupku tanpa cintamu

Janganlah kau tinggalkan diriku
Takkan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa

Reff:
Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidupku
Lengkapi diriku
Oh sayangku, kau begitu
Sempurna... Sempurna...

Kau genggam tanganku
Saat diriku lemah dan terjatuh
Kau bisikkan kata dan hapus semua sesalku

Janganlah kau tinggalkan diriku
Takkan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa

Reff:
Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidupku
Lengkapi diriku
Oh sayangku, kau begitu
Sempurna... Sempurna...

Janganlah kau tinggalkan diriku
Takkan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa

Reff:
Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidupku
Lengkapi diriku
Oh sayangku, kau begitu...
Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidupkuLengkapi diriku
Oh sayangku, kau begitu
Sayangku, kau begitu
Sempurna... Sempurna...


Best dak korang dengar ngan baca lirik nie... Cikgu Wan Mohd Kamil tengok dalam blog pon saya update sal lagu ja... :))

Saturday 16 June 2012

TEST MUSIC.. :)

Pada hari khamis 14/6/12 ,cikgu wan mohd kamil telah membuat ujian gamelan terhadap kelas 2 bestari dimana markah muzik diambil.. *tulis gaya pemberita nak baca* ok serius,,cikgu tu dah la suruh kami maen gamelan pastu dok tanya yang merepek-repek huh serabut gila dok dalam kelas muzik dya..gaya dya suruh kumpulan aku buat ok aku boleh sabar lagi tapi time dya nak bagi markah tu ada ka patot dya kata aku nie maen tipu ..kalu aku maen tipu mestilah tak dengar apa yang aku maen.. meluat gila. Nasib baek dya kata minggu depan kitorang takyah dok maen gamelan dah .. dya tanya kami nak maen apa minggu depan.. mula-mula dya tanya budak laki, budak laki jawab nak maen keyboard pastu dya tanya budak p0mpuan .. nak tau apa budak p0mpuan jawab, kami jawab nak maen gitar, buad macam dya tu nak bagi..pastu ada ka patot dya suruh kami koir sampai mati pon kami takakan berkoir..last-last kami kena maen keyboard macam budak laki jugak...MAEN KEYBOARD ELOK LAGI DARI ,MAEN GAMELAN DYA TUH.. :)

Tuesday 12 June 2012

SEKOLAH.sekolah.. :)

assalamualaikum..,,dua hari dah start sekolah rasa macam tadak mood nak pegi sekolah kalu duk dalam kelas t0 rasa  mengantuk lar apa lar...time cikgu tk masok t0 apalagi kitorang mempromosikan suara kitorang ler(aku tak yer)tambah-tambah lagi farah sahira kalau dia dah start nyanyi tu fulamak" rasa macam d0k kat konsert dah dengan sekali dia buad s0ra sengau dia tu tak payah kalut cari radio ,dia pon dah cukup..hehe.Tadtime cikgu Saadiah apa ntah dia d0k melalut tau lar dia tu ajar sejarah tapi jangan ler cite pasal hal agama,,Cite sal agama tu  tak pa la tapi dalam dok cerita tdia bole d0k nyanyi kalu lagu t0 sedap tak pa la jugak nie dia pilih lagu yang zaman dulu-dulu tu rangkap dia sikit ja yang aku ingat" aku tergoda " harap ampa paham la yer...kemarin cikgu wan tak mai (cikgu yang kolot tu) dapat tau ja yang cikgu tu tak mai apalagi berpesta la satu kelas.aku rasa cikgu tu tak mai dia kena gastrix pa huhu..kena tiap-tiap hari tak mai pon tapa aih cikgu sebab kami nie bukannya rajin sangat nak bermuzik-muzik nie laen lar kalau cikgu suh kami maen gitar ...belum suh kami dah maen ... :)

Sunday 10 June 2012

Cuti Dah Habis.. :(

*tengok kt tittle to selalunya smiley senyum nie sad..hurmm.. esok dah start sekolah malas la pul0k nak g sekolah tapi semangatnyer jadual dah salin jak kemarin<-(teringat maya karin la lak)OK..siapa yang rajin giler nak pegi sekolah ada sebabnyer mesti mau ketemu sama cewek , cowoknya kan?? hehe...tu masalah laen lah tapi nie disebabkan MALAS nak mangkit(bangun) ....MALAS nak ir0n baju.. MALAS nak buat homework..ermm malas apa lagi,semua lah yang berkawan baik dengan MALAS nie.Kalau esok dah sekolah maknenyer bole online FB.TWITTER ngan BLOG nie hanya petang ngan malam ajolah..nie yang membuatkan aku seperti budak yang ketagih online ase macam " cepatlah masa aku nak balik nie, nak online".. Dan kalau dah samapai sekolah tu tak habis-habis aku dan loyar buruknyer..pagi-pagi dah loyar buruk ngan nina atas bas pastu dengan sound trouble aku bersama gelaknya sekali uh menyakitkan perut aku rasa....bye. :)

Thursday 7 June 2012

Panas oh Panas.. ;)

nasib baek hari cuaca elok kalau cuaca mendung hari nie gamaknya tak terbasuh la kasut ngn baju skolah..h0mework pon lagi sikit nak habis bole lar layan jap fb ,twitter ngn blog buat sementara pastu samb0ng balek buad homework nie yang tak habis-habis...lagi dua hari nak start skolah ..jeng2 jadual yang padat giler waktu time skolah nie dah la skolah balek lambat pukol empat baru balek dek kerana cikgu yang ajar muzik tu kolot sikit asyik nak ikot dia ja kalau tak dok sebok sebut pasal markah-markah tau lar dia tu pandai muzik,,.. pastu kena tunggu bas rapid pukol 5 baru sampai umah...malam 2 baru leh buad kerja skolah kadang-kadang sampai tak siap kerja skolah nak dbuadnyer....cuti2 nie bole lar meringamkan sedikit keletihan yang dalami oleh seorang pelajar seperti aku .. :)

Tuesday 5 June 2012

Cuti 0h Cuti .. :)


cuti sekolah nieyh macam tak cukup bagi aku sebab masa cuti minggu pertama tu balik kampung..dah nama p0n balek kampung tu sah-sah kerja sekolah tak buad kan..dengan skali ada kenduri kendara kat umah sendiri la kat umah orang laen lar..ishh....Minggu kedua pulak balek mai penang hujan la puloks tak henti-henti,,uish kacau daun sungguh la hujan nie dengan kasut tak basuh lagi..tambah-tambah lagi time nak buad homew0rk tu comfirm terlena punya lar....aish apa punya manusia lar aku nie kan.....TAPI kalau tak cuti mesti kita tak boleh balek kampung kan....dan jangan merungut bila cikgu bagi homew0rk banyak sebaliknya kita kena sabar untuk menahan nafsu MALAS.... SELAMAT BERCUTI KAWAN-KAWAN ...... :)

Saturday 19 May 2012

agak -agak :)

Agak - agak korang la kan,,oke x blog nie... x cantik macam orng laen pnya blog tapi bole thn la kn... budak baru belajr mmg mcm nie , tapi ada juga blog yang seakan-akn perfect nie kn.. :)

Wednesday 16 May 2012

macam - macam :)

haiy....macam-macam jadik kt sekolah tdi....ada yang pekena dia nie yang tu dok mengutuk.....pastu dua2 tak ngaku salah lak ..lantak la diorang tu masalah depa yang penting aq tak terlibat

Tuesday 15 May 2012

Sudah berjaya.....:)


akhirnya ...dah tau bnyak benda......dah buat twitter.......blog lagu dh letak...jyeaah

Monday 14 May 2012

fuhh,, lega siott .. :)

Alhamdullilah...hari last paper dah lepas.Hari ni paper sejarah ,boleh tahan lar soalan tu, Cikgu Sa'adiah yang buat la katakan.Tapi ada banyak soalan yang dekat-dekat nak sama kalau yang susah-susah tu hentam sajalah....

Nie satu  lagi cerita yang best gak bagi aku sebab  Sains dapat 70% (B) ok la tuh tapi kena target nanti periksa akan datang kena dapat 82% (A) kena berusaha lebih la kali nie    :)

Tuesday 8 May 2012

Haiya....miggu peperiksaan.. :)

Minggu ni dah start periksa....ketaq gila tambah-tambah lagi kertas yag sukar untuk d skor .Tapi hari ni ngan kelmarin masih boleh buat la ,hari nie periksa sains ngan agama..ayo pening kepalo dibuetnyo..nasib la dah buat ulgkaji,,(rajin la sangat)huhu...esok periksa BI,perggh  dah la buku black beauty pon entah kemana pastu masok lak tu,,,haiya kena manyak ingat lorh....tapi kalau dah berusaha mesti dapat skor kan............ya ....AMIN.......

Saturday 5 May 2012

my best friends

Semua orang mesti ada kawan baik kan?kan? Saya ada dua orang kawan baik nama diorang Farhana dan Shazana......nie saya upload gambar diorang....