Monday 17 September 2012

17 S E P T E M B E R 2012

Assalamualaikum 
Pagi tadi bangun-bangun terus pegi mandi dan tak tengok dah apa yang jadi , lepas mandi ja , adik bagitau yang nak pegi berkelah dekat junjong Kulim , wah tersangat excited dan gembira , kami semua bawak bekal nasi goreng , nasi puteh , ayam masak merah , keropok , kuih dan air.
Kami semua bertolak dalam pukul 10 and tiba kat sana dalam pukul 11 , sampai je kat sana cari parking , ingat ka ramai orang rupanya tak lah seramai mana maybe sebab hari ni kedah kan dah mula sekolah ngan kerja so yang datang suma ni warga pulau pinang ja lar kot.
Dah siap parking kereta terus cari tempat kosong untuk letak makanan , dah nampak tempat kosong yang sesuai tetiba ja ada orang lain lebih cepat dari kami , terpaksalah cari tempat lain untuk santap makanan and jumpa tempat yang agak sesuai dan terus duduk and hampar tikar.
First-first , abah ngan adik pegi dulu , dalam 5 minit macam itu abah panggil suruh tangkap gambar , apa lagi bab kamera ni serah pada orang yang berkuasa lah , iaitu tuan empunya blog ini . And kalau dah dekat dengan air tu apa lagi terus masukkan kaki ler dalam tu , sejuknya mengalahkan ais kiub yang dah cair . 
dia ni nak mandi malu-malu , dan nak mandi pun tarik baju orang.

Lepas seketika bermandi walaupun tak basah , dengar satu bunyi , bunyi perut yang agak mengerunkan *kira lawak ler ni . Time makan , yahhh tambah nasi sampai tiga pinggan *wah mengalahkan orang yang kelaparan  . Sambil duk makan tu ada orang kat depan kami , anak-anak diorang comel-comel je.
Mula- mula tu ingatkan diorang semua tu pelancong asing sebab asyik dok cakap omputeh je dengan anak dengan wife dia . Punyalar dok usyar diorang sampai adik makan nasi sampai tumpah . Tapi husband dia gila kasar main dengan anak dia sampai hampir nak lemas . Wife dia selamba kucing je tengok laki dia main kasar ngan anak dia.
eh ,, seluar terskema sikt  . tak mandi pun  , cerita macam basah satu badan

Usyar sekali lagi , laki dia cakap dengan jiran dia lar kot sebab dengar dia bagitau wife dia gini " we're neigbourd '' . Tapi yang pelik lagi musykil dia cakap dengan jiran dia tuh pekat gila-gila bahasa kedah ,fuhh mengalahkan orang spesis kedah bercakap.
maaf ya gambar terkelabu sikit . kamera nie tuan dia tangkap baru gambar nampak elok.

Agaknya lar , dia memang ajar anak dia tu cakap omputeh kot sebab anak dia asyik cakap bahsa inggeris ja mengalahkan 'aku' cakapnya dan sampai 'aku' sendiri tak faham apa yang dia cakap , kira terer ler tu bagi 'aku'.
Lepas -lepas usyar tu , dah sampai macam nak termuntah tengok muka diorang pegilah mandi semula . Dalam 15 minit dalam air tiba-tiba bunyi guruh punyalah kuat . Apalagi abah ngan ummi panggil naik lar takut hujan , kalau hujan start turun , bahaya sebab air terjun jadi deras sebab hujan.
Lepas-lepas salin baju semua , packing-packing  barang terus naik kereta dan nampak ada orang yang baru datang , kesian diorang , hujan baru la nak sampai.



 ADLINA YANG KESEJUKAN











NOTA : martabatkan bahasa malaysia . 

Friday 14 September 2012

S U S A H K A L A U M A C A M N I -

Hari  ni 15 september , esok 16 september dan hari isnin cuti sempena hari Malaysia kan . So (lupa la pulak) abaikan < paling susah pasal blog ni ialah kalau time nak update tuh mesti lupa apa yang nak update sebelum tu ... apasal susah sangat nak ingat balik apa yang nak update tadik. Nak buat karangan blog nih lari sikit tajuk yang diatas sebab  tak tau nak buh tajuk  apa tentang nih . Kemarin kat sekolah ada buat masak-masak , best gila-gila kot sebab sebelum ni hanya cakap gitu-gitu jer dengan budak laki tapi kemarin gila peramah jadiknya . mula-mula tak tau apa resepi yang nak kami semua masak sebab cikgu tak bagi tau apa pon nak masak apa jadi kami buat je apa yang cikgu suruh and then baru kami tau cikgu nak buat apa sebab  nampak ada sup dengan bihun , sah la nak buat bihun sup . Pastu blender cili dan cili tu terlebih air  kena pegi goreng pulak sebab banyak air kot dan kitorang tak tau apa motifnya pegi goreng balik cili blender tu , setahu lar time blender tu terus masukkan garam dengan gula dan terus hidangkan . Ok lepas tu cikgu suruh farhana cedok ayam dalam sup  dan suruh budak-budak lain carit-carit ayam tu . Punyalar excited carit bulu ayam ayam tiba-tiba mycrush datang kat belakang mintak ayam , hurmm bagi lar kat dia guna garfu then dia kata terima kasih .. romantik gila cara dia amik ayam dari garfu tu............... Ok... pastu tengok farhana bancuh air oren , nampak macam sedap *memang sedap pun . Tiba-tiba  depa semua dok hingaq , nak tau jugak apa yang jadi , rupanya senduk air tenggelam dengan lolaqnya luqman nak celup air tu tapi nasib baik farhana marah .. kalau tidak minum air bekas tangan dia lar . Berbalik pasal ayam , lepas-lepas semua ayam siap tinggallah tulang-tulang ayam yang sudah dijilat budak laki , cikgu pulak suruh masuk balik tulang ayam tudalam sup .. eeeeeeeeeeeeee sup tu bekas jilatan budak laki .Nasib baik kami semua makan sup periuk yang lain , periuk bekas jilatan tu budak-budak gamelan yang makan.... lepas semua selesai makan sampailah ketika untuk mencuci mangkuk gelas yang sudah digunakan kami semua , farhana dan syimah yang basuh semua tu <----diorang rajin . Tibalah time maths untuk kami semua memerah otak , menguji minda untuk selesaikan solution soalan tup-tup Cikgu Hidaya kata tak payah belajar , tu satu yang kedua pulak duduk dalam makmal komputer .Yes, then satu pengumuman pulak , dalam makmal sampai balik . Ya Allah sehari kami tak belajar.........................................


NOTE : lepas makan terus pegi makmal komputer ... fikirkan ..............perasan tak banyak pastu.




Thursday 6 September 2012

L A M A N S O S I A L ....

 Hai - hai dan Assalamualaikum... semua yang baca post ni semuanya ada akaun fb kan ?? ya , FACEBOOK kalau yang takde  tu memang  rasa diri tu tak tahu perkembangan dunia dan alam semesta.Sapa yang tak ada fb ni juga akan malu bila orang sekampung tanya ''weii , hang ada dak fb , mai nama , aku nak add '' macam tu lar bila orang yang berloghat penang tanya dan orang yang berloghat Kelantanese pulak ''wee ,, ado fesbuk dok , kalu ado mari lah namo aku nok add  mung meta '' .. (yaa disini anda telah belajar dua bahasa yang berlainan ) Oke hari sebenarnya nak cerita pasal laman sosial...(sori ayat dibawah sastera sikit)

1)PERLUMBAAN DI LAMAN SOSIAL
     Seperti menjadi satu kebanggaan pula memaparkan gambar yang mencolok mata dan satu perlumbaan di alam maya menonjolkan siapa lebih seksi ini menyebabkan kebengapan dalam diri anda lebih menonjol. Apa yang menyedihkan , kebanyakannya mereka adalah gadis melayu islam yang seperti lupa harga diri dan nilai ketimuran serta agamanya.
    Tidakkah mereka ini terfikir kesan dan akibatnya apabila gambar di laman sosial menjadi bahan menaikkan nafsu lelaki dan ia berterusan meskipun pemilik akaun itu sudah meninggal dunia.Terfikirkah mereka bagaimana yang mampu dilakukan orang terdekat untuk membersihkan dosa yang berterusan meski jasad sudah dikebumikan.
     Terbaru dihebahkan di laman Facebook, permintaan seorang ibu yang mencari penggodam internet untuk menutup akaun anaknya selepas setiap hari wanita itu didatangi mimpi yang anaknya tidak tenteram di alam perkuburan.
      Anaknya yang baru sahaja meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan meninggalkan satu akaun facebook yang memaparkan aurat terbuka dan aksi manja.Sehingga hari ini , selepas beberapa minggu kematiannya, gambar itu terus menjadi tontonansemua pengguna laman facebook di dunia.
    Itu baru kebimbangan seorang ibu lantaran tindakan anaknya yang memaparkan gambar yang tidaklah terlalu seksi. Apa pula yan dirasai keluarga si mati jika gambar yang dipaparkan terlalu mengghairahkan dan mereka pula tidak tahu bagaimana untuk nyahaktif akaun tersebut??
     Lebih malang lagi jika mereka yang tidak tahu mengenai kematiannya berterusan berkongsi pautan gambar itu dengan pengguna lain.



                                                       tunggu sambungan minggu depan...