Monday 2 December 2013

D U L U & K I N I

Assalamualaikum

Aku terfikir nak buat Post nih time pergi rumah sedara aku dekat Tumpat . Masa dalam kereta duduk sembang-sembang tuh ternampak ada kedai jual beg sekolah . Rasa rindu pulak nak pergi sekolah sebab dah lama bertapa dekat rumah sehingga perut memboncit . Sebab perut memboncit aku ikhtiar buat senaman waktu pagi and bila dan keluar setitik peluh , aku rest . Rasa macam sedih jeh hidup macam nih . OK . Lepas tengok kedai beg tuh . Aku cakap macam nih kat sepupu aku yang form4 .

Me : Din , nok beli dok beg taon depe ?
Din : Tokse doh . Beg hok taon nih tok soyok lagi .
         Dok nyesal aku beli beg bodyglove . Tehe lamo .
Me : Nya tehe lamo lah , mugo dale beg boh 2 butir jah buku . Hok lain pege tange 
        blako .
Din : Yolo doh . 

Try ingat balik . Masa kita budak sekolah rendah dulu-dulu . Bawak beg bapak punya besar . Macam dah bawak semua benda yang ada dekat rumah . Berkilo-kilo kita bawak semata -mata hendak belajar la kononya . Bila hari first bukak sekolah , lagi teruk  . Habis semua buku teks dengan buku tulis bawak sebab tak dapat jadual kelas lagi . Ni kira macam semangat belajar je kan . Paling susah sekali sadis ja bawak terhuyung-hayang beg tu bila time datang sekolah dengan balik sekolah .

Bila dah naik sekolah menengah . Nak tunjuk kita ni dah matang la katakan . Bawak beg kempis ja semua . Mana taknya dalam beg tiga biji je buku lagi100 biji semua pegang kat tangan . Sanggup berkorban kerana nak nampak matured . Satu lagi perkara yang paling menghayat hati bila sampai ja depan sekolah ada la nampak remaja-remaja ni pergi sekolah sehelai sepinggang ja . Rasa macam nak dermakan beg ja untuk diaorang . Tapi diaorang nih bukannya tak mampu tapi 'MALAS' . Semua buku tinggal bawah meja . Senang ja kerja diaorang . Sampai sekolah tiru semua homework kawan .
Kalau orang macam nih still wujud zaman sekaranh . Mohon tendang laju-laju . Lepastu ikat dekat tiang elektrik . Sebat bontot . Kejam ja kerja macam tu .

Macam Nih


Nota : Buatlah apa yang Korang nak buat . Asalkan hidup bahagia didunia dan akhirat  . Peace Yoww
          
           Ada dialek kelantan . Paham-paham la yerrr .