Wednesday, 5 June 2013

B E L A S K A S I H A N

Assalamualaikum

Lama tak update blog ni . Abaikan ayat di sebelah - jiwang ja . Sebenarnya dah lama tak update sebab nak dekat PMR dah and dah tak tahu nak post pasal benda apa  .

Hari ni ada mood sebab malas nak buat kerja kursus . Bukak laptop ni sebab nak cari bahan kerja kursus tup tup syaitan goda sampai tak terbuat kerja kursus tu . Jahat tahap maksima syaitan yang hasut aku nih .

Aku ni mempunyai satu sifat yang tidak boleh disingkap lagi 'walaweh ayat' -
Aku paling tak suka bila ada orang masuk bilik aku sesuka hati and buat macam bilik aku tu macam bilik diorang .
Paling aku nak marah , sedara aku sesuka jiwa dia ja nak masuk bilik aku pastu guna barang sesuka hati .. Nak marah tak sampai hati  , nak halau nanti kata kejam pulak . So , biarkanlah sampai diorang balik .

Kalau balik kemas balik apa yang disepahkan tu takpa , ni pakai balik ja macam duduk kat hotel . Wah mai bayaq sewa dulu lah .

Just sabar ja ... apa yang nak difikirkan , budak - budak  lagi .
Tunjuk teladan yang baik cukuplah .

Aku baik k . Bohong ja.
Tahu kenapa ? Fikir k kalau kau tengah berdiri punya lama dekat bus stop pastu sekilas kau pandang , ada  tempat kosong yang sejemput ja . Lekas-lekas lari macam dalam filem pastu buat slow motion and duduk .

 Duduk dalam satu minit setengah sampai kau sendiri tak rasa lagi bontot kau tu sentuh tempat duduk ,  ada makcik dalam lingkungan 30an datang dengan muka kesian . Abang-abang yang ada kat situ semua buat muka toya dan tak berperasaan dekat makcik tu . Aku ?  korang fikir lah perasaan aku time tu , macam nak menangis sebaldi ja .

Terdetik hati aku nak buat kebaikan hari tu , aku bangun pastu suruh makcik tu duduk . Makcik tu baru nak tonggeng bontot dia bas pun sampai .
Barulah lega bontot aku dengan bontot makcik tu bila sama-sama dapat duduk hingga ke tempat yang di tuju .

 HAPPY ENDING .....


Bayangkan makcik tu buat muka cenggini



NOTA : Walaupun terdetik satu perasaan yang ingin melakukan ke arah kebaikan . Anda sudah memperoleh satu pahala .