Monday 17 September 2012

17 S E P T E M B E R 2012

Assalamualaikum 
Pagi tadi bangun-bangun terus pegi mandi dan tak tengok dah apa yang jadi , lepas mandi ja , adik bagitau yang nak pegi berkelah dekat junjong Kulim , wah tersangat excited dan gembira , kami semua bawak bekal nasi goreng , nasi puteh , ayam masak merah , keropok , kuih dan air.
Kami semua bertolak dalam pukul 10 and tiba kat sana dalam pukul 11 , sampai je kat sana cari parking , ingat ka ramai orang rupanya tak lah seramai mana maybe sebab hari ni kedah kan dah mula sekolah ngan kerja so yang datang suma ni warga pulau pinang ja lar kot.
Dah siap parking kereta terus cari tempat kosong untuk letak makanan , dah nampak tempat kosong yang sesuai tetiba ja ada orang lain lebih cepat dari kami , terpaksalah cari tempat lain untuk santap makanan and jumpa tempat yang agak sesuai dan terus duduk and hampar tikar.
First-first , abah ngan adik pegi dulu , dalam 5 minit macam itu abah panggil suruh tangkap gambar , apa lagi bab kamera ni serah pada orang yang berkuasa lah , iaitu tuan empunya blog ini . And kalau dah dekat dengan air tu apa lagi terus masukkan kaki ler dalam tu , sejuknya mengalahkan ais kiub yang dah cair . 
dia ni nak mandi malu-malu , dan nak mandi pun tarik baju orang.

Lepas seketika bermandi walaupun tak basah , dengar satu bunyi , bunyi perut yang agak mengerunkan *kira lawak ler ni . Time makan , yahhh tambah nasi sampai tiga pinggan *wah mengalahkan orang yang kelaparan  . Sambil duk makan tu ada orang kat depan kami , anak-anak diorang comel-comel je.
Mula- mula tu ingatkan diorang semua tu pelancong asing sebab asyik dok cakap omputeh je dengan anak dengan wife dia . Punyalar dok usyar diorang sampai adik makan nasi sampai tumpah . Tapi husband dia gila kasar main dengan anak dia sampai hampir nak lemas . Wife dia selamba kucing je tengok laki dia main kasar ngan anak dia.
eh ,, seluar terskema sikt  . tak mandi pun  , cerita macam basah satu badan

Usyar sekali lagi , laki dia cakap dengan jiran dia lar kot sebab dengar dia bagitau wife dia gini " we're neigbourd '' . Tapi yang pelik lagi musykil dia cakap dengan jiran dia tuh pekat gila-gila bahasa kedah ,fuhh mengalahkan orang spesis kedah bercakap.
maaf ya gambar terkelabu sikit . kamera nie tuan dia tangkap baru gambar nampak elok.

Agaknya lar , dia memang ajar anak dia tu cakap omputeh kot sebab anak dia asyik cakap bahsa inggeris ja mengalahkan 'aku' cakapnya dan sampai 'aku' sendiri tak faham apa yang dia cakap , kira terer ler tu bagi 'aku'.
Lepas -lepas usyar tu , dah sampai macam nak termuntah tengok muka diorang pegilah mandi semula . Dalam 15 minit dalam air tiba-tiba bunyi guruh punyalah kuat . Apalagi abah ngan ummi panggil naik lar takut hujan , kalau hujan start turun , bahaya sebab air terjun jadi deras sebab hujan.
Lepas-lepas salin baju semua , packing-packing  barang terus naik kereta dan nampak ada orang yang baru datang , kesian diorang , hujan baru la nak sampai.



 ADLINA YANG KESEJUKAN











NOTA : martabatkan bahasa malaysia . 

No comments:

Post a Comment