Thursday 6 September 2012

L A M A N S O S I A L ....

 Hai - hai dan Assalamualaikum... semua yang baca post ni semuanya ada akaun fb kan ?? ya , FACEBOOK kalau yang takde  tu memang  rasa diri tu tak tahu perkembangan dunia dan alam semesta.Sapa yang tak ada fb ni juga akan malu bila orang sekampung tanya ''weii , hang ada dak fb , mai nama , aku nak add '' macam tu lar bila orang yang berloghat penang tanya dan orang yang berloghat Kelantanese pulak ''wee ,, ado fesbuk dok , kalu ado mari lah namo aku nok add  mung meta '' .. (yaa disini anda telah belajar dua bahasa yang berlainan ) Oke hari sebenarnya nak cerita pasal laman sosial...(sori ayat dibawah sastera sikit)

1)PERLUMBAAN DI LAMAN SOSIAL
     Seperti menjadi satu kebanggaan pula memaparkan gambar yang mencolok mata dan satu perlumbaan di alam maya menonjolkan siapa lebih seksi ini menyebabkan kebengapan dalam diri anda lebih menonjol. Apa yang menyedihkan , kebanyakannya mereka adalah gadis melayu islam yang seperti lupa harga diri dan nilai ketimuran serta agamanya.
    Tidakkah mereka ini terfikir kesan dan akibatnya apabila gambar di laman sosial menjadi bahan menaikkan nafsu lelaki dan ia berterusan meskipun pemilik akaun itu sudah meninggal dunia.Terfikirkah mereka bagaimana yang mampu dilakukan orang terdekat untuk membersihkan dosa yang berterusan meski jasad sudah dikebumikan.
     Terbaru dihebahkan di laman Facebook, permintaan seorang ibu yang mencari penggodam internet untuk menutup akaun anaknya selepas setiap hari wanita itu didatangi mimpi yang anaknya tidak tenteram di alam perkuburan.
      Anaknya yang baru sahaja meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan meninggalkan satu akaun facebook yang memaparkan aurat terbuka dan aksi manja.Sehingga hari ini , selepas beberapa minggu kematiannya, gambar itu terus menjadi tontonansemua pengguna laman facebook di dunia.
    Itu baru kebimbangan seorang ibu lantaran tindakan anaknya yang memaparkan gambar yang tidaklah terlalu seksi. Apa pula yan dirasai keluarga si mati jika gambar yang dipaparkan terlalu mengghairahkan dan mereka pula tidak tahu bagaimana untuk nyahaktif akaun tersebut??
     Lebih malang lagi jika mereka yang tidak tahu mengenai kematiannya berterusan berkongsi pautan gambar itu dengan pengguna lain.



                                                       tunggu sambungan minggu depan...

No comments:

Post a Comment