Wednesday 17 October 2012

A I R M A T A B U A N G T O K S I N

Assalamualaikum ,
minggu ni la mood yang paling gembira sebab minggu ni dah dua kali aku post.
Ok , korang semua pernah menangis kan ?, mesti pernah kan , even orang bisu pun boleh menangis tambah orang yang sihat fizikal dan mental macam kita ni . Terbaca fakta ni dekat paper Kosmo , kalau korang dah baca fakta ni , takpa .Saja ja post benda nie bagi pengatahuan korang yang tak penah baca paper dan penting kepada orang yang bangun pagi terus bukak fb , twitter dan sebagainya sebagai surat khabar mereka .


#
Mesti korang pernah hadap perasaan sedih apabila seorang yang korang rapat tiba-tiba pergi dengan keadaan mengejut.
Perasaaan tu , mesti korang luah dengan menangis kan ? .Kajian saintifik mengesahkan bahawa jika korang mengeluarkan air mata , korang akan menjadi lebih sihat dan ceria .
Menangis bukan sebab korang ni sedih ja tapi air mata yang keluar juga refleks jika korang gembira , terharu , takut dan sebagainya .*yang berkenaan sehingga korang mengeluarkan air mata*

#
Korang tahu air mata ada tiga jenis yang mengiringi tangisan
1.Tangisan basal - air mata yang keluar untuk lindung bebola mata sentiasa lembap.
2.Tangisan refleks - apabila berlakunya iritasi mata.
3.Tangisan emosi - tindak balas terhadap kesedihan dan tekanan.





EKSTRA menangis

  • Sebanyak 88.8% orang akan rasa tenang lepas menangis manakala 8.4% berasa lebih teruk.
  •  Secara purata wanita menangis 47 kali manakala lelaki 7 kali dalam setahun .
  • Sebelum baligh , kanak-kanak lelaki dan perempuan menangis pada tahap yang sama , setelah matang hormon testosteron kurangkan perasaan lelaki untuk menangis manakala hormon estrogen dan prolaktin galakkan wanita menangis.
  • Lelaki singkirkan toksin melalui berpeluh berbanding wanita melalui menangis.
  • Dianggarkan kira-kira 77% tangisan berlaku di rumah dan 15% di tempat kerja dan di dalam kereta.
  • Bayi normal akan manangis satu hingga tiga kali sehari.
  • Jumlah toksin dikeluarkan oleh air mata berbeza mengikut situasi seperti bersedih dan dimasuki habuk.
Ni pon boleh buat korang menangis jugak






 NOTA : Jangan menangis sebab pakwe or makwe korang lari , fikir perangai korang sama :)

No comments:

Post a Comment