Sunday, 14 October 2012

H O L I D A Y I N N

Hello dan Assalamualaikum,
Yaa , dah lama tak update blog ni sebab tak tau nak update benda haram apa kat dalam ni . Nanti kalau update yang merepek lagi merapu kena kata bajet pulak .
Disebabkan baru balik dari bercuti di Cameron so baru ada aura nak update blog ,sebenarnya pergi nie rombongan semata - mata , saja syok -syok .*cameron je bukan korea or england*
Dalam bas gila -gila sejuk tambah pulak hujan , rasa macam duduk dalam peti ais *pandailah korangbayang macam mana dalam peti ais tika hujan* 
First sekali kami  singgah dekat Bee farm , tapi sayang tak leh masuk sebab  hujan

Ok , lepastu kami semua pergi  singgah Pekan Brinchang , cuaca masih diramalkan hujan dan memang hujan pon , hujan tapi kami semua berjiwa kental dan gagah jugak jalan dalam keadaan yang hujan lagi sejuk .HAHAHAHAH *gelak ganas .

Kami semua ni , badan sihat dan kuat sebab semua eksyen jalan bawah hujan tak pakai payung .
Beli semua jenis sayur , buah dan paling best beli senyap - senyap strawberi madu dan chocolate.









Jalan kat pekan brinchang sampai pukul 4 sekali ngan solat zohor jamak asar.
Dalam pukul 4.30 , kitorang naik bas and terus lanjutkan perjalan ke ladang strawberi and ladang teh.
Malang sekali sebab ladang strawberi yang kami singgah tu  tutup , tapi tak begitu malang lar sangat sangat sebab aku ni bukan nak sangat kutip and makan buah strawberi tu
Pukul 6 pulak terus ke tea farm , kuang kuang kuang masih dalam keadaan yang lembap dan hujan masih menitis .
Gagahkan jiwa cekalkan hati untuk turun dan jalan kat ladang teh tu.
Bila dah sikit lagi nak sampai kat bawah tu , ohmak kau , gila basah , if korang jalan jugak gamaknya kasut and seluar korang jadi seperti jalan dalam sawah padi *bayangkanlah.






Ok , bye-bye semua and Assalamualaikum.




NOTA : Pakai macam duduk kat Australia , dah memang tempat tu sejuk macam kat Australia.

No comments:

Post a Comment